Cara Guna

Aturan makan 
MAAJUN WARISAN KELUARGA
MWK

1. Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid. Makan sebiji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari sahaja. Apabila telah habis 21 biji rehat selama 7 hari dan sambung botol yang kedua.
Begitulah seterusnya

Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari ahad depan

 2. Bagi yang lepas berpantang perlu diambil pada hari ke 44 lepas bersalin. Makan sebiji sehari juga selama 21 hari dan rehat 7 hari untuk sambung ke botol yang seterusnya.

 3. Oleh kerana maajun ini adalah dari akar kayu adalah dinasihatkan mengambilnya pada malam hari sebelum tidur. Dinasihatkan meminum air yang lebih dan mandi dengan kerap untuk mengurangkan kepanasan badan.

 4. Sekiranya terlupa untuk diambil pada malam hari jadi perlu diambil pada awal pagi ke esokannya sebiji sahaja dan apabila malam ambil sebiji lagi bagi hari itu. Tidak perlu makan 2 biji sekali.

 5. Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.

 6. Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain adalah tidak digalakkan kerana rumusan kandungan yang terdapat di dalam maajun ini sudah cukup lengkap bagi kesihatan seseorang itu.

7. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat masalah yang di alami. Setelah itu berhenti dan ambil pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di alami itu hilang.


Harga Istimewa hanya RM 15.00 Sebotol
tetapi menafaat yang anda perolehi melebihi dari nilai RM 15.00 ini

~<@.......

Tindak balas di awal pengambilan Maajun Warisan Keluarga ini adalah ia bergantung kepada ketahanan badan individu seseorang itu seperti:


1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluaran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu.

2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir teruskan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.


Maajun ini terdapat 21 biji didalam 1 botol dan diambil selama 21 hari sahaja.