20 Mei 2012

Komposisi @ Kandungan MWK

* Kacip Fatimah * Serapat * Senduduk * Inai * Madu * Manjakani * Habbatus Sauda/jintan hitam 




Kacip fatimah 

  • Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. 
  • Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. 
  • Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir 

Serapat 
  • Meningkatkan hormon estrogen 
  • Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (kemutan) 
  • Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin 
  • Memperkemaskan saluran peranakan
  • Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid) 
  • Memperbetulkan perjalanan haid 
  • Melegakan senggugut dan medu 
  • Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda 
  • Mencantikkan payudara dari dalaman tubuh 

Senduduk 
  • Mempunyai nilai perubatan yang tinggi 
  • Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita 
  • Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama 

Inai 
  • Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) 
  • Untuk menghentikan pendarahan. 
  • Untuk luka bersalin dan pembedahan 
  • Dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan 
  • Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin 

Madu 
  • Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera 
  • Menghentikan batuk dengan cepat 
  • Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah. 
  • Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan. 
  • Menghentikan kesakitan sendi 
  • Baik untuk sistem pernafasan 
  • Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu 
  • Membunuh kuman dan virus didalam darah 
  • Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga. 
  • Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera 
  • Meningkatkan prestasi mental 
  • Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit. 

Manjakani 
  • Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita 
  • Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. 
  • Dapat mengurangkan lelehan mukus 
  • Membantu menstabilkan hormon 
  • Melancarkan darah dan memberi tenaga 
  • Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran 
  • Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. 
  • Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. 
  • Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. 
  • Dapat menghilangkan jerawat 
  • Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut 

Habbatus sauda/jintan hitam 
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
  • Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi 
  • Meningkatkan bioaktivitas hormon 
  • Menetralkan racun dalam tubuh, 
  • Mengatasi gangguan tidur dan stress, 
  • Anti histamin/anti alergi 
  • Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri 
  • Melancarkan air susu ibu 
  • Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita 
  • Anti tumor 
  • Nutrisi bagi manusia 
  • Anti oksidan 
  • Anti infektif dan broncodialating

Konsep & Tindakbalas MWK ( Maajun Warisan Keluarga )

Dari segi saintifiknya bagaimana MWK boleh bertindak sebagai family planning.

Apabila kita makan MWK ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnant adalah zero pada suhu ini.

Harga Istimewa hanya RM 15.00 Sebotol
tetapi menafaat yang anda perolehi melebihi dari nilai RM 15.00 ini

Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

Jadi relate dgn maklumat diatas sebabtu lah MWK hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.

Apabila anda mengambil MWK, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MWK akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan :
Bahagian Peranakan:
Ia akan mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MWK buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).

Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.
Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.
Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MWK sedang merawat peranakan anda.

Memecahkan lemak / Kolestrol /toksin
Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MWK. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MWK sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MWK adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.

Wanita dan Pasangan Perlu Tahu Tentang Kitaran Ini

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?


Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

*Kedua-duanya adalah sama penting. 

TEMPAH SEKARANG !!!

Harga Sebotol hanya RM 15.00 Sahaja, berbanding menafaat yang anda perolehi !!!


Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA,

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. 

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur. 

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT 

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda. 

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN 

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.